Matlamat dan objektif Rukun Negara




MATLAMAT RUKUN NEGARA

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia.
  • Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di Negara Malaysia.
  • Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama lain di kalangan masyarakat.
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling. 
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi untuk mengembang kan lagi ilmu pengetahuan masyarakat pada hari ini.    








RUKUN NEGARA
  • Dalam setahun dua ini kita sering mendengar lagu     Rukun Negara berkumandang di media elektronik seperti radio,komputer dan khususnya di kaca televisyen .Sememangnya Rukun Negara perlu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pada hari ini warganegara Malaysia khususnya dan penduduk Malaysia amnya . Namun tahukah kita apakah sebenarnya Rukun Negara ?
  • Apabila soalan tersbut diajukan kepada golongan muda (dan bahkan sebilangan orang dewasa) mereka akan segera menjawab bahawa rukun negara ada lima perkara .
  • Sebenarnya Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima perkara teras tersebut seperti yang dinyanyikan itu atau yg di pratontonkan dalam kaca televisyen saban hari demi hari . 
  • Rukun Negara adalah salah satu nilai yang perlu dicapai ataupun yang perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau golongan yang tua .
  • Rukun Negara adalah satu visi bagi merialisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia .
  • Mungkin ramai generasi muda yang tidak memahami dengan lebih terperinci apakah itu Rukun Negara .
  • Dalam tulisan ini , penulisan sajikan ringkasan Rukun Negara dari segi latar belakang , objektif , prinsip dan strategi yang telah diambil oleh kerajaan bagi mencapai objektif tersebut .





    OBJEKTIF RUKUN NEGARA

    Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut :


    1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat .
    2. Untuk memelihara cara hidup demokratik .
    3. Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin .
    4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat . 
    5. Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-teknologi yang moden . 
    6. Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara kita . 
    7. keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi kepentinagan negara.



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

      About     Assalamualaikum, Selamat datang ke blog Apis'smart Malaysian History. Diblog ini inshaAllah sedikit sebanyak dapat...