Huraian 5 Prinsip Rukun Negara





  • ASAS kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”.  Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.







HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA

  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
      Menggambarkan  bahawa  asas  kehidupan  beragama   merupakan  prinsip  penting kehidupan  rakyat  di  Negara  kita  .Sebarang   bentuk   ideologi   atau   ajaran   yang  menolak  kepercayaan  kepada  Tuhan   (atheis)   seperti  fahaman  komunis  tidak  akan  mendapat tempat  di  Negara ini . Ini  adalah  kerana  agama   telah   menjadi  unsur  penting  dalam  membentuk  (spiritual)  masyarakat   kita .Di  dalam   Perlembagaan   Persekutuan  sendiri  menetapkan  bahawa  Islam  adalah  agama  rasmi  Persekutuan  dan  kepercayaan  atau  agama-agama  lain  boleh  diamalkan  dengan   bebas. Penduduk di Negara  Malaysia terdiri  daripada  kaum  melayu , cina  dan  india   yang  mempunyai kepercayaan  masing-masing  sebagai  contohnya  kaum  melayu  percaya  bahawa  alam  ini dicipta  oleh  Tuhan  dan  segala  amalan  baik  dan  buruk  yang  dilakukan  akan  dicatat  oleh  malaikat  yang  ditugaskan .





       2.  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

        Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini . Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali .



         3.  KELUHURAN PERLEMBAGAAN

      Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri 



         4.  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
        Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri .

         5.  KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    .Prinsip ini berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bertatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada semua kaum berkaitan  dengan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami, mempunyai semangat patriotik dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.











    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

      About     Assalamualaikum, Selamat datang ke blog Apis'smart Malaysian History. Diblog ini inshaAllah sedikit sebanyak dapat...